Saturday, 31 March 2007

Penggunaan Kata (I)

SmileyCentral.comSoalan-soalan yang berikut juga pertanyaan saya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soalan :
Bolehkan kita mengguna “indah” untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah?
Jawapan :
Boleh digunakan perkataan “indah” bagi karya kerana ia bermaksud “elok” dan “bagus benar”.

Soalan :
Bolehkah kita menggunakan “bertambah lemah” untuk menyatakan kuasa ketenteraan sesebuah negara yang semakin lemah?
Jawapan :
Perkataan “bertambah lemah / semakin lemah” boleh digunakan dalam konteks ketenteraan.

Soalan :
“Perkembangan percetakan / pencetakan telah menyediakan asas yang kukuh untuk perkembangan puisi dalam dinasti Tang.”
“Percetakan” atau “pencetakan” yang sesuai dipakai bagi ayat di atas?
Jawapan :
Merujuk Kamus Dewan edisi ketiga, percetakan bermaksud tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku (majalah dll), pejabat cetak manakala pencetakan bermaksud kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Oleh itu, ayat yang betul ialah “Perkembangan pencetakan telah menyediakan asas yang kukuh untuk perkembangan puisi dalam dinasti Tang.”

Soalan :
Bolehkah “pembesaran” digunakan untuk orang? Misalnya, “Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang alam pembesaran Ahmad...”
Jawapan :
Kata yang lebih sesuai ialah perkembangan yang meliputi mental dan fizikal.

1 comment:

碧绿荷塘 said...

“Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang alam pembesaran Ahmad...”

其实我要说的是“要更了解一个人的成长环境……”
暂时还没有想到要把这个句子翻译成马来文。:(